-MOHD NURUL AKLA BIN MOHD AZLAN--LIFE STORY-

Wednesday, April 27, 2011

-Cuepacs: Naikkan gaji bagi imbangi harga barang-

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

cuepacs omar osman 181007Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di Kangar hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata, Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

housing flats 050405 filled apartments flatsOmar berkata, Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat,” katanya.

Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

- Bernama

Does it true? macam xmungkin je.... adios...

Tuesday, April 26, 2011

- 私は`マレーシアことを誇りに思ってメートル -

サラム, 日本だけ言語記述する場合は、日本に行くことができます胆汁わからないマレーシアマレーシア私のために安全な市民であることを誇りに思います²しかし、時には政治非常に厳しいです私の人々は、エンジニアとして働いている。考えいる任意のブログ詳細を記述するかわからないので、ただ日本このブログを書いて発明する
 欲求²て、Kat日本学ぶために行く前に十分にスマートではない、私愚かな少年JEのアルハムドリッラー、今私日本にも行くことができないので、私日本のアラカルトようになった見に来た[OK]をアラカルトでは、私はすでに怠け者ナンセンスアディオス...ハハハハ 

Sunday, April 24, 2011

-Mengapa Lelaki Kahwin Lambat? -


Salam, Just nak sharing dari pembacaan aku, maybe benda  ni betul kot, hahahaha...
Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.

Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai. Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200. Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun. Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.

Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%. Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.

Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia. Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan. Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000. Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan. Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang. Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat

Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut. Suatu pencapaian yang amat membanggakan! Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis. Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi. Akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita. Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri. Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.

Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:
01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.
Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.
Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid. Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat. Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan. Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan. Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

...and the pressure is on men...

Thursday, April 21, 2011

-My elder brother Adin-

Salam, post ni mmg saje² je aku buat utk anak sedara aku, so 1 ari nanti dia blh tgk gambo dia mase kecik²... aku suke & syg gile ngan budak kecik ni, xtau la kenape... maybe dah beso nanti dia boleh jadik kawan baik aku kot, sape tau kan....
Harap 1 ari nanti dia jadik insan yg bergune, @ maybe ikut jejak parent dia jadik cikgu... harap la dia hargai semua org yang syg dia...
Ni adiah Pak Lang utk Adin mase umur 20tahun nanti, Adin mesti malu nak tgk gambo Adin mase kecik, tp ok gak ade gambo mcm ni, ade kenangan... gambo Pak Lang mase kecik xde pn, semua dah kena hanyut mase tsunami 1950 aritu... hehehe
Jage diri elok², belajo rajin², kejo cite² jgn bazirkan idup Adin ok...
From your Pak Lang, adios.... hehehe... Nanti Adin tgk mesti malu, jgn tunjuk kat awek ok, nanti awek lari, hahahahah....

-Udang Gergasi & sederhana beso-

Salam, kebetulan aku ade mase nak update blog ni&ade mase nk memasak... tp masakan aku latelly mcm same je, masak lemak cili api, aku xtau la kenape budak rumah aku suke sgt makan masak lemak, maybe dorg ni kekurangan lemak...

Ari Isnin lepas, aku terase mcm nk makan benda² laut yg fresh, so aku & KK g la jeti carik ikan duyung, tp malang gile rase, seko ikan duyung pn xde, yg ade laki yg badan bagak, muke boleh tahan & cakap bahase Alien...bahase Alien yg aku xfaham langsung, maybe slang org sini kot...
Last² dpt la beli udang je, agak murah la gak, udang gaigantic size 1kg RM30, kalau kat Perak dlm RM70sekilo, 2 pn aku g ngan mak aku time minyak tak naik lg, so skrg aku rase mau dekat RM80-RM90... so abaikan la, hal makan ni xboleh nak b`kira sgt, nanti perut merajuk, sekali sekala kena jamu perut ngan benda² yg best... udang sederhana beso dalam RM15 sekilo...
So mcm biase la, proses menyiang ni mmg part aku je la keje... tp kali ni, dorg yg sediakan bahan, santan & benda lain dorg yg perah & potong... so aku agak enjoy la jugak kalau ade keje same mcm ni, hahahaha....
Udang saiz dinasour aku buat masak pedas, aku mcm mengidam lak aritu nk makan masak pedas, tp xde la pedas sgt, terletak gule lebih, so pedas tu dah di neutralizekan dek gula... tp xkisah la, yg penting dah masuk perut pn...
So ni la hasilnye, aku saje² je nak jamu kawan² rumah & kawan² depan umah makan, kalau g kedai xdpt makan sambil berposing depan TV, so the best solution masak & makan ramai², hahaha... k la, malas nk mengarut dah... saje je nk tunjuk gambo udang je pun, nk bagi org hangin sbb aku selalu dpt lauk yg best kat sini, hahaha... adios...

Wednesday, April 20, 2011

-Tazkirah untuk diamalkan-

LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 10  -  15  MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.

WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah hi mina shsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. 

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari   Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.   Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:    

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap   padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
 

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang diajar dan diamalkan

Saturday, April 16, 2011

-Kepentingan Lampu-

Salam, kebetulan aku keje arini, so aku terase nak update blog... aku berminat sgt ngan design lampu semenjak aku keje kat U, g je mane² kalau aku jumpe lampu yg menarik mesti aku jadikkan sample utk pasang kat sini, mencuri idea org lain, hahaha...

Kebetulan td aku terjumpe 1 iklan yg menarik pasal lampu ni, baru la aku perasan kenape lampu ni sgt penting bg manusia, hehehe... korg layan la iklan ni, bahasa dia agak kurang difahami, tp ade translation...

adios...

Friday, April 15, 2011

-Suka memaafkan orang lain-

 Sifat suka memaafkan satu perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar.

 Manusia boleh mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi, manusia kadang-kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.
 Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain memahami hakikat ini, iaitu hakikat kelemahan yang ada pada dirinya sendiri, sebab itulah Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran perlakuannya. 

 Adalah tidak menjadi satu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam:
- menunjukkan kebijaksanaan
- orang yang bersih dari kesombongan
- orang yang bersih dari dendam kesumat
- tidak ada rasa terhina diri
- keimanan yang tertinggi

 Sifat-sifat yang tersebut di atas merupakan ikatan yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam. Sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah tuhan yang satu dan tiada tuhan yang lain selain Allah, maka persoalan perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri adalah lambang ketauhidan kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah.

 Kita semua mempunyai arah tuju yang satu, menyembah tuhan yang satu, mengikut seruan nabi yang satu dan kitab yang satu sepenuhnya. Perlakuan kita dalam persoalan perpaduan haruslah mengikut seperti pengajaran Al-Quran dan seruan Rasul Nabi Muhammad s.a.w.

 Islam meletakkan persoalan perpaduan selepas akidah, seperti mana yang kita fahami berpeganglah dengan tali Allah dan jangan kita berpecah belah. Ini merupakan satu kewajipan asas kepada kita berurusan memelihara perpaduan kerana dalam perpaduan inilah kita akan mendapat kekuatan.

 Kita perlu kekuatan umat kerana pada diri umat Islam itu sendiri ada terpikul amanah sebagai khalifah Allah yang ditarafkan sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh mengerjakan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah A-li ‘Imran : Ayat110:
yang bermaksud:
‘Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik’.

Thursday, April 14, 2011

-Dosa merosakkan hati-

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya". 
 
    Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya". Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. 

    Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)". Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:- "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya". 

    Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.


Wednesday, April 13, 2011

-Hari yang panjang-

Salam, arini 1 ari aku meeting je, hidup aku utk meeting je, luahan idea smua dlm meeting, tp implimentation xde pn... so same je ckp ngan tong smpah kosong... meeting bg org yg malas nk wat keje dorg suke la, tp bg aku meeting sgt bosan, i`m to young for this thing, hahahah... to young? mcm ape ntah, umur dh smpai tahap org tua xsedar diri ni...
Ape fungsi meeting? meeting ni tempat berkumpulnye cerdik pandai bg menyelesaikan masalah, semua org duk berbincang mencari solution, so kat sini dah aku rase aku dh xlayak, aku bukan cerdik pandai, jauh lg nak smpai tahap tu, hehehehe... tu pendapat aku la... definisi pandai ni xsemestinye dalam akademik, just pandai dlm bidang dia, mcm aku sgt pandai mengumpat, so setakat ni xde pulak meeting isu mengumpat, tp kalau ade meeting yg berisukan mengumpat sila ajak aku sekali ok....
Kenapa perlu meeting, meeting ni kadang2 tempat aku tido je, smpat la gak aku melelapkan mate, 20minit all out, hahaha... meeting xmemberikan kepuasan kerja pd aku, aku nk keje yg mencabar bg menghabiskan mase mude aku ni, hehehe...
Meeting ni yg bestnye bile abis ade makan, lagi kaye jabatan tu, lagi best la makanan dia, hahaha... tp slalunye meeting xde makan pn, just mcm perbincangan biase... kenape ade meeting? ape keperluan meeting? meeting ni kadang² buat 1 benda jd clear, tp kadang² benda jd makin serabut & slalunye meeting ni jadi gelap je, sbb aku slalu tido, hahaha...

So ape² pn, meeting ni mesti ade kebaikan gak, jgn asik fikir negatif je ok... k la, aku dh malas, adios...

Monday, April 11, 2011

-Rintangan-

Salam, aku dh xtau nk cite ape kat sini, ketandusan idea dah, byk idea megalir kat tempat lain, lame sgt dh xtgk blog, aku xtau ape nk share dalam ni, byk sgt suke duke dlm idup, kdng2 aku rase benda 2 xblh nk share, sbb sgt subjektif & korg kena experiance sendiri...

Ape itu rintangan? rintangan adalah penentangan dalam mendapatkan sesuatu... dlm idup ni mmg ade rintangan, dlm litar elektrik pn ade rintangan... R = V/I, Rintangan elektrik ialah ukuran penentangan terhadap pengaliran arus elektrik di dalam sesebuah litar lengkap oleh komponen perintang (atau apa-apa objek). Dalam persamaan elektrik, ia sering diwakili oleh simbol R. Unit SInya ohm (Ω). Tu formula bg rintangan elektrik, tp formula bg rintangan hidup, mmg xde kot...

Aku pn xtau la nk cite ape ni, nk mengarut pn aku dh xde idea dh ni... aku rase bulan ni bulan plg xde idea kot, aku tgk blog² lain pn same gak, mcm slow je bulan ni, hahaha... k la, aku malas dh ni, ade keje kena buat... adios...

Monday, April 4, 2011

-Jangan selesa dengan ape yg kite ade-

Salam 1 Malaysia, tajuk ni dah lame aku pikirkan, mmg sesuai la kot utk dibincangkan, sbb aku rase kite sebagai org Melayu, bumiputra sgt selesa ngan kedudukan kite sekarang... kite xtau mase depan kite, negara kite mcm mn lg... aku rase betul kate Tun Dr. Mahadir, Melayu ni mudah lupe, kite lupe yg dulu kite susah, sekarang dalam arus kemodenan Melayu sgt selesa ngan ape yg dikecapi... Tp semua ni xkan kekal, xde benda kekal dalam dunia ni...

Aku bukanla pakar motivasi, just aku xtau kenape la aku tgk budak² Melayu sekarang sgt malas... ape peranan kite, mak bapak & org sekitar?... macam zaman dulu² agama dijadikan landasan idup, tp zaman sekarang kite idup berlandaskan ape? kite anak merdeka, kite xtau perit jerih datuk & nenek kite yg berusaha berjuang bermati-matian untuk kemerdekaan...

Aku hangin kadang² budak sekarang, xde rase hormat lansung kat org yg lebih tua, siap boleh pecah masuk rumah org... lg 1, org melayu ni yg aku xpuas ati sgt², bela binatang kambing, lembu & etc, sila la bertanggungjawab dengan binatang ternakan korg, jgn biarkan masuk kat rumah lain... bile binatang tu kena langgar baru la nak ngaku tu binatang korg... mcm hanjing je aku rase org macam ni... xde tanggungjawab lansung... mane pergi kemelayuan kite, kalau xde kemelayuan pn sekurang²nye kite ni org Islam, dalam agama kite sgt² menitik beratkan kebertanggugjawaban...

Kite tengok anak-anak Melayu kite sekarang, kat mane dorg, aku bukan la anak org kaye, aku just org kg... daripada pemerhatian aku sepanjang aku idup kat kg, budak² Melayu ni rase sgt² selesa ngan idup walaupun mak bapak dorg ni penoreh getah, keje kilang & etc... aku xfaham, kenape dorg xnak ubah nasib keluarga dorg... ALLAH berfirman : Aku tidak akan mengubah takdir seseorg kecuali dia berusaha utk mengubahnye sendiri... tu janji ALLAH, bukan janji manusia.... so org Melayu, buke la mate, kite tgk sekarang Malaysia dah tak macam dulu... kite tgk ape yg dah jadi kat Pulau Pinang... Melayu dah dipinggirkan di bumi sendiri... ambik la iktibar...  Anak² Melayu kat kg, 24/7 berhibur je... pergi sekolah pun nak main, main tak salah, cume kena pandai gunekan mase yg ade... Aku bukan nak bangga dengan ape yg aku kecapi sekarang, aku tak bangga pn ape yg aku ade... Aku just nak kite sebagai Melayu kena bersatu padu & berusaha utk hak kite di bumi sendiri... aku xnak anak, cucu kite akan datang dilayan macam pendatang asing, jadik pelarian di bumi sendiri....

Nasihat utk org² Melayu...

- Life is like a battle field -
- Nothing come easy in life -
- Know your enemy, know yourself & you can fight a hundred battles without disaster -
- Some people are intelligent in knowing themselve but stupid in knowing their opponent -