-MOHD NURUL AKLA BIN MOHD AZLAN--LIFE STORY-

Thursday, March 22, 2012

-Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami-



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~

Sunday, February 26, 2012

-6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN -

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang '...manusia'. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Tuesday, February 21, 2012

-Lelaki Betul² Serius-


Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya.

Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

-Jaga adab ketika bergurau-

KEHIDUPAN zaman ini memaksa manusia mengejar masa serta menyelinap segenap ruang yang ada bagi memenuhi tuntutan rohani dan material menyebabkan kurangnya waktu diperuntukkan untuk bersantai menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri.

Usahkan dengan jiran tetangga, malah ahli keluarga sendiri pun ada kalanya payah untuk bergurau senda. Ada kala lucu pula apabila mengingatkan betapa pergerakan manusia hari ini terbatas oleh tuntutan tanggungjawab melampaui masa yang ada.

Justeru, ramai yang memaksimumkan manfaat hubungan maya untuk melanjutkan komunikasi dan bertanya khabar. Malah, ada ibu bapa yang hanya sempat bertegur sapa dengan anak di laman sosial saja.

Penulis tidak bermaksud melanjutkan bicara mengenai komunikasi era ini, tetapi naluri manusia memerlukan gurau senda untuk mengeratkan hubungan baik dan merapatkan silaturahim. Bukan saja mengelakkan kesunyian, gurau senda juga memudahkan komunikasi, membuatkan bicara tidak formal.

Walaupun gurau senda membantu menguatkan kasih sayang, ia juga boleh meranapkan silaturahim jika gurau senda menyebabkan ada pihak berkecil hati. Ada antara kita bergurau tanpa menyedari ada hati terluka.

Sebab itu banyak contoh ditonjolkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat mengenai gurau senda yang membuatkan orang ketawa dan berkisar kepada perkara yang benar. Rasulullah SAW tidak mencipta kisah lucu yang sia-sia semata-mata untuk membuatkan orang ketawa kerana Baginda takut ketawa menyebabkan umat Islam lalai daripada mengingati Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

Jangan berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan ada orang terasa dirinya diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan dirinya. Sebaliknya, gurau senda dijadikan salah satu cara menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan orang berduka.

Tetapi perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan perkara yang benar. Gurauan boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa.
Contohnya, jika gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan silaturahim dan perpaduan serta kasih sayang, maka gurauan itu menjadi perbuatan baik yang diganjarkan dengan pahala dari Allah SWT.

Sebaliknya jika gurauan menjadi alasan untuk menyakitkan hati seseorang, ia sudah tentu menjadi perbuatan yang dikutuk Allah SWT. Jangan pula tabiat bergurau senda untuk menyakitkan hati orang lain menjadi kebiasaan menyebabkan seseorang itu tiada rasa bersalah mengutuk atau menghina.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 11)
Contoh paling baik ialah gurauan Rasulullah SAW kerana Baginda masih mengekalkan had dan batasan antara lelaki dan wanita serta menyelitkan unsur nasihat bertujuan mengingatkan manusia kepada Allah.

Sudah tentulah gurau senda tetap tidak mengizinkan perlakuan tidak manis antara lelaki dan wanita, seperti menyebut perkataan memalukan mana-mana pihak, menghina atau meniru suara atau kata-kata orang lain dengan niat merendah-rendahkan atas faktor perbezaan jantina.

Antara senda gurauan Rasulullah SAW seperti diceritakan al-Hasan, seorang perempuan tua datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga. Maka Rasulullah SAW bersabda: Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah SAW bersabda: Khabarkan kepada perempuan itu sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.”

Lalu dibacakan firman Allah SWT yang maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta sebaya umurnya.”

-Lelaki Penyayang(HaHaHa)-

8 ciri yang paling ketara terdapat pada lelaki penyayang nih. Jadi mulai harini, korang perhatikan lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini yer..hehe..Chek it out!

1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe

3) Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik
- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni korang ati-ati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je.

Tuesday, January 31, 2012

-Januari, 2012-

Salam, arini last bulan Januari 2012, baru je sempat nak tgk² blog ni, makin malas rase nak mengupdate.. cite kat Melbourne pun xsiap lg nk edit², insyaALLAH ade mase nanti aku cube share pengalaman yg paling best kat sane...
Januari... byk gak benda jadik bulan ni, benda expected & unexpected pn byk gak... keje makin byk, makin xde mase utk manjekan diri sendiri, hope that tahun ni makin ok la bg aku... maybe 2012 is a big year for me... tahun ni byk benda yg aku target, mcm biase la, target ni xsemestinye tercapai, atleast even tersasar pn xde la tersasar jauh...

1st of all, aku harap tahun ni jadi lagi baik dari tahun² yang lepas, aku pn masuk 28 dah tahun ni, dah sampai mase aku kejar cite² hidup aku... umur 28 ni rase mcm boleh pikir lg bagus kot, sebelum² ni semua aku pikir mesti kena consider org lain, tahun ni aku nk cube puaskan hati aku dulu then baru org lain... so sape² yang projek² kena reject tu kena faham la k, aku terpakse jadi makin rasional dalam urusan harian & kerja... no more mengharap & bagi harapan pade sape², semua org kena berusaha utk dptkan sesuatu, susah nk puaskan hati org, sedangkn hati sendiri xde sape nk jage pun...

2nd, aku cube selesaikan belajo aku secepat mungkin, even asik main² belajo, tp aku slalu bernasib baik, slalu lulus je pekse, xkisah la cukup makan pn yg penting aku lulus + xusaha sgt, kadang² sedih gak tgk org yg usaha gile², tp result lebih kurang aku je... xkisah la, master ni aku ambik pn sebab nk tambah knowledge je, bukan target tinggi² pn... aku suke keje aku skrg ;-)... tp ade gak aku xpuas ati, time pekse boleh lak tiru², hangin gak aku rase... aku dgn busy keje xsempat nk study, time exam pn kena g meeting, terkejo² ambik exam, tp yang lain boleh tiru² lak mase exam... hangin gak, tp ape aku blh buat, takat hangin je la... ape² pn even aku xstudy sgt, aku dah usaha utk menjawab sebaik & seikhlas mungkin...

3rd, cube jadik anak, abg & pak lang yg baik utk Mak&Ayah aku, adik² aku & anak² sedara aku yg dh nk masuk 5 org... tahun ni cube kurangkan kegilaan aku ngan adik², slalu blk kg mesti dorg kena belasah ngan aku, hahaha... mak&ayah tahun ni insyaALLAH semuanye OK... :-)

4th, tahun ni aku nk keje lebih sistematik, kena buat keje seikhlas & sebaik mungkin + semua keje kena puas ati sebelum aku blk rumah... xnak keje smpai lewat² malam dah, kena berubah utk diri sendiri & bakal isteri aku... xnak sebab keje dia bosan ngan aku...

Tapi tu la, kalau nk di list dalam ni semua kehendak aku tahun ni mmg ambik mase 1tahun kot baru abis tulis... setakat ni je la kot ape yg aku nk tahun ni... paling penting sekali, tahun ni aku nak kawin dengan insan tersayang, hidup macam mane happy pn kena berteman, mcm mane hebat pn korg, korg kena ade teman utk share semua benda... Nabi Muhammad SAW xngaku umat bg sape² yg bujang & xnak kawin... carik la teman hidup yang serasi yg boleh share semua benda, kesusahan, kesenangan, kesedihan & etc... carik la yang beragama & serasi dgn diri sendiri... jgn just menunggu, kena berusaha utk mencarik keredhoaan ALLAH SWT... 

Saturday, January 14, 2012

~Kenapa wanita patut menyesal jika menolak lamaran seorang Jurutera~

#1.Stail-Hidup; Simple 
  Lately aku perati, member-member aku ni yang keje engineering ni selamber derk je pakai jeans.Pakai jeans ni memang cool. Budak nerd pakai jeans nampak cool, apatah lagi orang beser2 ni. Keluar keje, kalau tak jeans+kemeja, mesti jeans+t-shirt berkolar, tak pun seluar khakis atau ...apa-apa saja asalkan bukan seluar slack..Pakaian  eksekutif ni pun pakai bila waktu meeting , jumpa client, CEO, ngan dinner.  Jika ini standart jurutera2 kat Malaysia, ini satu berita baik buat bakal2 isteri jurutera.Kurang sudah satu keje. Tak perlu susah-susah bangun pagi, seterika seluar.bagai.Waktu di pejabat kadang-kadang jurutera pun sebat pakai jeans jugak, jeans hitam, straight-cut..

Kiwikan kasut? tak perlu -tak perlu, sebab derang cuma sarung timberland je, tak pun camel active.


#2. Dedikasi+Komited
  

Seorang jurutera pasti saja menghabiskan segala usaha , tenaga, masa, mahupun perahan otak, untuk memahami suatu sistem yang kompleks, dan pastinya komited dalam setiap projek yang dipertanggungjawabkan.Katakanlah dalam suatu slump-test, seorang jurutera awam sedaya-upaya memastikan nisbah paling ideal untuk agregate ,pasir, simen, admixture dan air supaya konkrit terhasil optimun dan sesuai untuk binaan dan keadaan.
    Begitu juga dalam memenangi hati wanita,mereka sedaya-upaya mencari nisbah supaya sekurang-kurang korang sayang kepada mereka.10kuntum Ros + 1Beg Gucci + 5 hari Snorkeling kat Tioman + 1 Set dinner kat Hyat Regency + 2 Dendangan Lagu Anuar Zain sendiri (Lelaki ini &Ketulusan Hati) = senyuman/(sebulan x semalam). Maka itulah yang jurutera itu akan buat berulang2 kali, lagi , lagi dan lagi .

    Sampailah isterinya tu bosan, maka sekali lagi dia akan mencari nisbah-nisbah, serta teori- teori yang tak masuk akal, semata-mata untuk tawan cinta isterinya itu semula. Hati wanita memang komplikated, tapi itu lah cabaran., dan jurutera memang sukakan cabaran.

#3. Tak Pandai Menipu

   Dalam kilang TV Plasma misalnya, katakalah ada satu batch tv yang takleh on. Cek-cek sumer ok. Ye tak ye , satu production kene recall balik.Rupa-rupanya, power-suply problem.Of course,management akan spot-check kat power- supply department, dan orang akan ditanya ,jurutera bahagian tu. Dah nama manusia , sememangnyalah tak boleh lari dari kesilapan.  But the way they approached to the truth is based on the fact depan biji mata,...and it happens sudden!! . Jadinya, ini membuatkan jurutera memang tak terlatih untuk menipu dan putar belit alam. .Kalau dia menipu gak, nampak sangat dia menipu, sebab hati dia tak tenteram.


#4.Bijak Melepaskan Tekanan

     Dan ia bukannya pada orang. Bajetla,kerja ape takde tekanan. Kerja Jaga pun tension tau.Tapi engineer biasanya akan mencari objek yang setanding dengan tekanan yang dihadapi.Sebagai contoh, yang keje kat kilang, dipicit-picitnya main suis kat power generator .Yang kat off-shore, ditumbuk-tumbuk boiler ngan batang paip kaki gajah,Yang kat tapak pembinaan, diterajangnya mesin pembancuh simen,..takpun ditempeleng mat-mat indon tu sorang-sorang. Maka selamatlah anda,si isteri dia nanti kat rumah, dari kene tempias tekanan dia, bahkan anda takkan perasan dia tengah tensen, sebab lebih separuh daripadanya sudah pun tertinggal kat tempat kerja.

Mat indon orang la kan?..hehehe


#5.Rupa

Practically handsome, tapi dia tak perasan yang dia tu sebenarnya handsome..

Ini penting bagi wanita yang kuat cemburu. Jurutera tahu hensem seorang lelaki itu bukan terletak pada rupa paras. Sebab itu lah jika ada gadis-gadis luar sana yang merenyam yang tackle dia , biasenya akan puji ;" Awak ni bukan takat hensem, tapi baik hati, gentleman...." ,. Tak termakan derr puji-pujian camtu, walaupun yang puji tu gadis kacukan kucing macam Nora Danish.
 

Selamatlah lagi anda.

Tapi kalau anda pulak yang nak puji, cmne pulak ye?

Puji apa yang dia buat, hasil kerja tangan dia. Lagi2 yang 1st timer .Contohnye macam ni;
"Walaupun  pakai dua perencah, nasi goreng awak ni asli betullah, satu lidah rasa,kemas je tak berketul-ketul, Ayam, sayur, ikan bilis, tak lebih tak kurang, sekali suap, rasa semua. Cume pedas skit dari yang  restoran Rasa Sayang kt simpang tu punye,yang lain ok dah "- detail and precise. Selit-selit kutuk takpe, nampak sikit kejujuran dalam kepujian.