-MOHD NURUL AKLA BIN MOHD AZLAN--LIFE STORY-

Thursday, March 31, 2011

-Aku Dah Tua-


Seorang staf telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Ditulis oleh tahar   
Rabu, 10 Februari 2010 12:34

kerana mengalami komplikasi pada urat saraf pada kaki. Beliau adalah Buruh Asing di Unit Elektrik JPPH mengalami bengkak-bengkak pada pangkal peha yang serius sehingga tidak dapat berjalan dengan baik. En Akla ditahan di wad Kiambang pada 10 Jan dan dibenarkan pulang pada 14 Jan 2010. 

Atas dasar keperihatinan dan tanggungjawab pihak KASEH telah membuat lawatan dan memberikan sedikit sumbangan kepada beliau untuk meringankan beban yang
dialami.

Ramah Mesra - Timbalan Pengerusi KASEH membuat lawatan sambil bertanyakan khabar kepada Akla.

Buah Tangan - Timbalan Pengerusi KASEH memberikan sedikit buah tangan sambil diperhatikan oleh Fitry.

-Aku Dah Tua & Bile² mase je boleh mati-

Copy from - http://jpph.ump.edu.my
 (Kenangan Masuk Hospital)

-Cite Gile Takde Tandingan-

Hahaha, Salam... just nak share semalam aku & housemate tgk 1 cite ni, puas gak aku carik cite ni, dari zaman sekolah aku cari, skrg baru dapat... cite ni aku rase mcm bodoh gak la, cite zaman 1995, mmg dr segi jalan cite agak usang & kurang menarik... tapi aku suke gile cite ni... Tajuk cite Sixty Million Dollar Man, Stephen Chow belakon, mcm biase la name dia dalam setiap cite dia, Lee Ka Sing @ Wong Ka Sing, maksud dia "Super Star"... Semua cite dia, dia gune name ni... same mcm Shahrukh Khan gak dia suke gune name Rahul, Salman Khan suke Prem, konon mcm hebat la kot, tp dorg mmg sgt hebat la, duit dalam bank dah melimpah²...
Stephen Chow

So back to the story, cite ni mengisahkan pasal Lee Ka Sing seorg anak org kaye, g sekolah pn naik helikopter, perangai dia suke kenakan org, mcm aku la gak, tp aku bukan anak org kaye, 2 je beza... Dr segi kekacakan pn dia jauh lg kacak dr aku... Kat sekolah dia selalu kenakan kawan² sekolah, sorg mamat ni mmg slalu jadi mangsa belasahan dia, Siu Fu, muke mmg stok kena buli je...

Aku ringkaskan la cite ni ok, 1 ari dia g disko, ade pertandingan menari, so dia menari la... ade sorg pempuan simpanan bos gengster Jepun, Yakuza, menari ngan mamat ni, tibe² lak bos ni dtg gak disko 2... mcm ade 1 disko je kat Chine ni... so kire kantoi la, so bos Yakuza ni pn suruh anak buah dia bunuh Lee Ka Sing ni... Last², dia bom rumah Lee Ka Sing... Tp Lee Ka Sing tak mati, tinggal bibir je...
Proses Redesign

Sorg mad Professor ni mcm agak hebat la gak, tp gile... dia nak redesign blk Lee Ka Sing ni, dia ngan team dia nak 60 Million utk redesign, tibe² lak bapak Lee Ka Sing ni xnak bayar & xnak ngaku dia anak... Tp bibik dia ade 6000 je, team ni xnak join redesign... Mad Professor ni kesian kat dia, so bersetuju nk buat... Korg kena tgk cite ni la, mmg gile cite ni... sgt menarik ok, haahaha... korg carik la cite ni, mmg kepuasan maksimum..
Mad Professor

Mungkin aku dah tua nanti aku macam mad Professor ni kot, hahahaha... carik la cite ni ok... adios...

Link utk download cite ni...
Part : - [1] [2] [3] [4] 

Then joinkan part ni gune software HJ Split.
Nak download cepat install benda ni Bitcomet.

Wednesday, March 30, 2011

-Cara Untuk Unblock Website-

Salam 1 Malaysia, aku bukan nak ajar benda jahat ok, just kadang² hangin gak sebab website yang penting² kena blok, so aku ade jalan alternative untuk korg unblock website, ni just for sharing je ok, xde niat untuk menghancurkan dunia pun, hohoho...
So, ade gak cara² untuk unblock ni, cara paling mudah copy ip address setiap website, then paste dlm tab address website... Agak sukar gak la nak hafal ip address, tp boleh je carik aku rase... mcm utk facebook, ip address dia 69.63.189.11, korg gak boleh carik ip address website lain, tp kena carik sendiri la cara dia ok, aku xnak terlibat dengan kemungkaran korg, aku tau korg mesti nak bukak website yg xsepatutnye...
Ade byk lagi cara nak unblock, tp aku malas nak share, cukup la 1 ni je kot, kalau korg nk belajo lg, korg boleh carik je kot kat internet 2, byk bahan bacaan yg best terselit dlm dunia maya ni, so korg gune la information yg ade dlm internet ni sebaik mungkin, hahahaha... cukup la setakat ni sharing, aku malas dah ni... adios...

Monday, March 28, 2011

-SOLAT JAMAK DAN QASAR-


Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Berturut-turut kedua-dua solat.
3. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

-Cubic-

Salam, lame dh xupdate benda ni, byk benda kena buat minggu lepas... so arini aku nk cite pasal cubic la... adik aku sgt expert main benda ni, aku sampai skrg xtau step nak completekan benda ni... cubic ni byk jenis, ade yg 4 x 4 x 4, 6 x 6 x 6, 9 x 9 x 9 & etc... yang selalu org main 3 x 3 x 3... aku xtau la mcm mn org boleh main benda ni & rekod adik bongsu aku boleh selesaikan benda ni dalam 2minit, sgt hampeh budak tu...
Aku mmg ade niat sebelum aku mati aku nak siapkan benda ni, so selagi xsiap benda ni xboleh la nak g syurga, hahaha... mengarut je, tp aku mmg nk sgt pandai main benda ni, sgt mencabar idup aku... tp tu la, penyakit tua ni menyebabkan aku cepat mengalah setiap kali nak completekan, sgt mencabar idup sekarang ni...

Tp aku dah terjumpe 1 cara paling mudah nak selesaikan masalah cubic ni, aku rase xde la susah sgt, so dalam gambar kat bawah ni dia akan explain cara t`mudah utk selesaikan, so aku harap korg semua dpt selesaikan cubic ni dalam mase paling pantas...

So pls enjoy playing your cubic... adios...

Thursday, March 24, 2011

-Basketball-

 Salam 1 Malaysia, aku kembali beraksi dalam kancah dunia sukan basketball, hahaha... gaye cite mcm hebat sgt je... saje nak share cite ni, aku dah start balik main baskteball, aku rase heaven gile dpt main blk, setahun dah tak main, court lambat siap delay on byk sgt aspect... so xkisah la, yg penting skrg tiap² petang aku dah boleh membuli student blk, hahahahahah...
Dah 3 hari berturut-turut la gak main, tp student still anggap aku student gak, so just keep it silance, kalau aku bgtau aku staf dorg treat aku mcm old folk lak, so aku je la yg dpt bola nanti, sgt xbest bile main xde saingan yg memberansangkan, hahahahah...
Nak dijadikkan cite, aku main gune kasut takraw je, malas nk beli kasut basketball dah, gile babeng mahal, tp baru 3 hari pakai main basket dah berlubang, so nak tak nak kena pikir pasal kasut basketball, mane la nak cekau duit, gaji bulan lepas pn xabis lg, hahahaha.... mengarut je, aku excited gile blh main balik ni, so lps ni badan aku makin kurus la, main smpai tahap membunuh diri, t-shirt yg pakai tu bile perah lepas main boleh penuh 3baldi, hahahah...
Gile² excited, ni la tujuan aku nk keje kat ipt, petang² boleh main basketball lg, hehehe... xtau la sampai bile boleh main, i`m getting older, my back pain always killing me, I don`t care, as long I can play, I will play it... i love this game, hohohohoh.... adios...

Tuesday, March 22, 2011

-Gemuk@Obes-

Salam.. saje nk share something yg aku terjumpe arini... aku malas nk mengarut² arini, so share je la...

Meh aku citer sikit la kat korang.. pe beza org gemuk dan orang obes.. orang gemuk ni obes tak? dan orang obes ni gemuk tak?? ...

Mesti korang ingat klu orang gemuk mesti obes.. pastu orang yang obes tu mesti gemuk.. tapi korang tahu ke pe maksud gemuk dan pe maksud obes? haha.. gemuk adalah golongan manusia yang mempunyai saiz badan melebihi saiz dalam anggaran yang ditetapkan.. contoh.. klu korang umur-20 tahun.. jantina-lelaki.. tinggi-170cm.. pastu berat ideal korang ialah sekitar 62 - 65 kg.. tapi klu jantina lelaki..umur-20tahun.. tinggi-170cm tapi berat 75-80kg.. hmm.. ni la kategori orang gemuk..

Tapi klu orang obes plak.. tak semestinya korang da dalam ideal weight ni tak obes.. haha.. contoh aku bagi.. klu perempuan.. umur-24tahun.. tinggi-160cm.. berat sekitar 53-57 kg.. tapi lemak plak 30% melebihi berat badan.. hmm.. klu lemak da 30% dari 53kg .. 16kg je da lemak... belen bukan lemak tak masuk berat tulang.. haha.. ni yang dikatakan obes.. maksud obes ialah peratusan lemak yang berlebihan dari nilai yang sepatutnya..

Camne nak kira lemak? hmm.. ni yang payah sikit la.. sebab die tak leh nak kire secara kasar.. die kene pakai alatan tertentu.. korang leh jumpe kat tempat kecergasan ataupun hospital... hmm.. tapi aku de satu lagi cara paling senang utk korang wat pengiraan ni.. aku panggil die sexy waist to butt... haha...

Yang ni simple gile.. aku bagi korang carta anggaran pastuh korang kire sendiri.. pastu korang tengok korang dalam kategori mane... haha..

                                                     Lelaki                                                  Perempuan
Bagus                                   0.95 & ke bawah                                     0.80 & ke bawah
Kurang memuaskan                   0.96 - 1.0                                                0.81 - 0.85
Bahaya...                               1.0 & ke atas                                          0.86 & ke atas

Ha... korang da tengokkan carta aku bagi.. pastu korang kire la.. camne nak kire? senang je.. korang kire dlm inchi boleh dalam sentimeter pun.. jgn korang kire dalam kilometer.. kang jawapan korang tak jumpe plak.. haha.. wat cam gambar aku bagi kat bawah ni..

 
Gambar ni korang amik kiraan no 3 dan no 4 je.. pastu korang bahagi dua... contoh klu pinggan korang 40 inci... pinggul korang plak.. 32 inci.. so.. 40/32=

--adios--