-MOHD NURUL AKLA BIN MOHD AZLAN--LIFE STORY-

Sunday, April 7, 2019

~Kuasa & Tanggungjawab~

Assalamualaikum wbt,

Lama dah tak menulis, dalam keseronokkan hidup selama 10tahun berkerja, ini merupakan kali pertama merasakan kerja makin lama makin "sucks"... Selama ini aku mempunyai Pengarah yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk membangunkan organisasi dan tempat kerja. Pengarah merupakan individu yang memainkan peranan penting berkenaan hala tuju jabatan, teruknya pengarah maka teruk lah jabatan, hebatnya pengarah maka hebat lah jabatan itu...

Teori ini pun telah dibuktikan oleh orang hebat seluruh dunia... Pemimpin yang paling hebat dalam sejarah adalah Nabi Muhammad SAW, merupakan pemimpin yang paling berpengaruh... telah terbukti, pemimpin yang hebat akan merencana organisasi atau dalam konteks yang lebih besar umat kepada mengamalkan cara hidup yang hebat...

Selama ini aku kerja mempunyai matlamat yang jelas dan nyata dalam pembangunan organisasi dan UMP. Bukan nak mengatakan aku ni hebat ke, aku ni baik @ what so ever... blog ni pun ditulis untuk menyimpan kenangan hidup aku.

Sepanjang kerja di UMP selama 10 tahun ini, dah pelbagai asam garam dah aku tempuh... sama macam kehidupan, most of the time aku kat bawah & kadang-kadang je naik, apa-apa pun  itu semua ketentuan ALLAH... yang penting ALLAH tak pernah tarik rezeki aku setakat ini, sentiasa ada makanan untuk aku & alhamdulillah certain time aku dapat membantu orang yang memerlukan...

Sejak 2014 Pentadbiran jabatan aku diambil alih orang baru, dan aku kenal dia sejak 2009... bukan nak mengata dia la, tapi aku tak merasakan dia layak untuk jawatan itu... dia bukan orang yang sesuai untuk memerintah, merupakan seorang yang mempunyai credibility, akauntibility dan integrity yang sangat-sangat rendah... apa-apa berita berkenaan dia tak pernah benda baik & di dalam mesyuarat pengurusan jabatan, dia sentiasa tolak kerja kepada orang lain... jenis yang tak bertanggungjawab.

Kerja kerajaan ini, ketua mempunyai kuasa "vito" dalam melakukan keputusan, tak kira la keputusan tu betul atau salah... dia je la yang betul dalam kata lain.

Sambung nanti... hehehe

No comments: