-MOHD NURUL AKLA BIN MOHD AZLAN--LIFE STORY-

Tuesday, April 16, 2019

- Depression & Marah -

Assalamualaikum wbt,

Kebetulan malam semalam buka fb, tengok video Ustazah Norhafizah Bt. Musa share yang beliau mengalami major depression selama 4 tahun.... 4 tahun woiiii.... aku baru kena 3 bulan rase macam nak mati awal je... 

Just nak share ape yang aku dah alami, macam cerita sebelum ni yang aku share, aku sebenarnye mengalami major depression, aku biase depress dari kecik sampai la ni, tapi ni pertama kali aku rase tertipu yang amat sangat-sangat... Cuma aku sangat bernasib baik Mak, ayah , mak mertua, Isteri, anak-anak dan kawan-kawan sekeliling sangat-sangat membantu... 

Let me share what Ustazah Norhafizah Bt. Musa amalkan bagi mengubati major depression beliau. Selama 4 tahun beliau alami sakit ini, hanya 2 kali je beliau makan ubat yang dibekalkan, memang ubat tersebut menyebabkan si pesakit tenang dan hendak tidur je, tapi setakat ini side efect yang beliau alami adalah sakit-sakit urat, cuma makan 2 hari je ubat tu... aku dah amalkan ubat tu dalam sebulan dan alhamdulilah aku berjaya setakat ini tak makan ubat tu... lepas mengambil ubat tu, memang rase tenang sangat & nak tidur je... kerja ape pun tak boleh buat...

Hasil perkongsian Ustazah Norhafizah juga, kita sebagai manusia tidak bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi pada kita, kena muhasabah diri semula... setiap malam beliau sentiasa berdoa, Ya ALLAH aku dalam keadaan berbaring, sekiranya nyawa aku tak kembali pada esok hari, tempatkan lah aku di jannah mu yang tertinggi dan Alhamdulillah, beliau berjaya menghadapai masalah depression... dan beliau juga melihat manusia dari perspektif lain, selalu orang sekeliling akan memuji beliau, tetapi beliau mengambil pendekatan mencari orang yang dikatakan "mulut tiada insuran". Dimana orang-orang ini suka mengkritik benda yang benar, tetapi hakikatnya orang-orang jenis macam ini sangat baik dan jujur dalam persahabatan.


No comments: