-MOHD NURUL AKLA BIN MOHD AZLAN--LIFE STORY-

Sunday, August 21, 2011

-Bapa, Ayah, Daddy & etc-

Salam, kebetulan aku terjumpe video ni, from blog yg agak best bg aku la... sedih gak tgk video clip ni, xsemua org b`nasib baik, so hargai la ape yg korg ade, jgn menyesal kemudian hari... aku pn xde mood nk cite byk²... arini rs xnk ckp byk... bulan pose... semua bapa cube jadi t`baik utk anak² dia... moral of the story, hargai la ayah korg sekiranye ade lagi... adios...

Sunday, August 7, 2011

-Salam perantauan (hahaha)-

Salam, saje je nk letak gambo kat sini, kalau 1 ari nanti labtop aku rosak xdpt nk selamatkn gambo kat sini ade backup... sory kalau ade yg xpuas ati, aku bukan nk menunjuk²@ape ok, kat sini mmg tempat utk aku simpan memory aku la kot, tempat aku nk bercerita...
Back to the story, aku merase la merantau g tempat org, just nk sharing pengalaman best & xbest la kot... yg bestnye aku dpt merase cara idup kat sane, even xdpt belajar kat oversea dulu² sebab IQ level xlepas tp aku dpt gak merase g, mmg xpuas rs, rs nk g merate² lg... Singapore same je ngan Malaysia, just bangunan kat sane agak marvelous gak la... pembangunan sgt² pesat, lg 1 yg best, landscape kat sane cantik & sgt² bersih... 1 je keburukan Singapore, semua benda sgt² mahal... contoh la, 1 bungkus tisu kat sini dalam RM0.30 je, kat sane $0.50 dekat² RM1.50 la, so korg blh bygkan la harge makan kat sane berape...
Macau aka City Of Dream, salah 1 tempat kat selatan China, aku g time musim panas, so same je la mcm kat Malaysia, xdpt gak merase salji, harap lepas ni ade peluang g oversea lg, xpuas... nk g main salji, hahaha... Macau ni bekas tanah jajahan Portugis, bangunan dia still berkonsepkan Portugal + name² org Macau majoriti name asing, Agnes, Paul, Smith, & etc... Macau tempat casino beso, tp aku rase Last Vegas lg beso... majoriti hotel kat sini ade casino...
Hong Kong, xtau ape yg best, yg best architecture dia, bangunan beso², tp rapat², kat Malaysia mmg xde mcm tu, org Malaysia xsehebat Hong Kong lg... Hong Kong ni blh g naik feri @ helikopter, aku aritu naik feri je, xcukup RM0.20 nak naik heli, 2 je yg mampu... naik feri dlm 45minit, xjauh mane la, byk pulau dr Macau ke Hong Kong, conform byk port ikan duyung, hahaha.... k, malas la nak ngarut dah, adios....

Thursday, August 4, 2011

-Kembali Beraksi-

Salam, lame dh aku xmengarut dalam ni, aku lame dh xmengadap blog pn, aku sibuk dengan urusan dunia yg xabis² dgn dugaan... bulan ramadhan ni betul² menguji kesabaran, tp aku redho ngan smua jadi kat aku, maybe ni yg t`baik utk aku, ape² pn life must go on... aku xboleh menyalahkan takdir, takdir xkan b`ubah sekiranya kite tak berusaha utk mengubahnya, 2 janji ALLAH... tp kalau sebelah pihak je berusaha xkan berjaya jugak... xpe la 2, case closed, i want to start new chapter in my life... good new start that will lead to extraordinary ending...
Singapore
Sepanjang aku diperantauan aku tersedar yg aku sgt bertuah, aku dpt rase g negara org, 3 tempat dlm 1 mase... mmg aku sgt bernasib baik... dlm ALLAH memberi dugaan, ALLAH campakkan adiah... aku bersyukur sgt, even hati xberape best, tp nk buat mcm mn, 2 la dunia, xsemua benda indah... tp bulan ramadhan ni betul² membuatkan aku tenang, Alhamdullilah... harap lepas raye nanti pn aku dpt terus mcm ni...
Macau
Aku nk cite pengalaman, tp nanti la kot, skrg ni just short intro for coming back... mood utk bercerita pn xde lg ni, nanti bile mood aku dh pulang ke sarang aku bercerita lg ok... hati still not in good condition...
HongKong
Ramadhan terakhir... adios... 

Tuesday, June 14, 2011

-Gambar Sekitar APC, Thanks to Edy-

Salam, just utk kenangan aku, simpanan peribadi je + sharing utk sape² yg sudi masuk my life story... special thanks to my parent Haji Mohd Azlan B. Haji Nordin & Hajah Zainun Bt. Mahmud yg slalu bg semangat kat aku, even aku tipu dorg mase aku blajo kat U dulu, hahaha... thanks to my bos, Pengarah Kerja JPPH UMP Haji Rosdi B. Mohamed sbb percaya dgn kerja² aku + thanks to all friends yg slalu bg sokogan xkira aku susah & senang... the most & only, thanks to ALLAH...


Adios...

Wednesday, June 8, 2011

-APC = Anugerah Perkhidmatan Cemerlang-

Salam 1 Malaysia, just nak share pengalaman, 8/6/2011 aku dpt anugerah perkhimatan cemerlang, aku pun xtau kenape aku dpt, aku pn xtau ape yg aku buat smpai dpt benda ni... tp ok la, penghargaan & penghormatan utk perkhidmatan aku tahun ni, aku bersyukur sgt2 dpt, even aku rase mcm xlayak... anugerah ni membawa makna dlm idup aku, tp xpenting bagi aku, yg penting lepas ni aku keje dengan lebih cemerlang & ikhlas lg, aku janji dgn diri sendiri aku perlu usaha lebih gigih utk pergi lagi jauh...

Mase sekolah dulu aku xpernah pn dpt anugerah cemerlang ni, mase sekolah aku harap sgt aku dpt anugerah cemerlang, tp smpai sudah xdpt, hahaha... xpe la, mase keje ni aku tebus semua kesilapan&kegagalan lampau aku...

Aku bukan nk membongkak dengan becerita tentang ape yg aku capai, mmg blog ni dibuat utk jadi kenangan hidup aku, aku mintak maaf kalau ade sape² yg xslesa dengan penulisan aku, just want to share my life story, even benda xseronok pn ni pengalaman idup aku... aku nk ade memory, even kalau aku mati pn, parent, adik² &sedara-mara aku boleh bace benda ni smpai bile²...

Terima kasih ALLAH sbb sentiasa memberikan peluang kepada hamba mu yg hina ini utk berubah...
Adios...

Thursday, June 2, 2011

-Keberkatan dan kelebihan hari Jumaat-

Pengenalan 
 
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

-Komik yg sgt membina-

Salam, kebetulan aku g 1 blog yg aku minat nak bace, sbb ayat² dia agak sesuai di bace oleh golongan remaja skrg... by the way, just want to share something quite ok, tp xtau la, komik xsemudah realiti, xkisah la ape² pn, just for sharing...
Agak membina gak komik ni, tp tu la, realiti sgt² berbeza... hati & perasaan benda yg sgt sukar di handle... xkisah la k, just for sharing... adios...