-MOHD NURUL AKLA BIN MOHD AZLAN--LIFE STORY-

Tuesday, June 14, 2011

-Gambar Sekitar APC, Thanks to Edy-

Salam, just utk kenangan aku, simpanan peribadi je + sharing utk sape² yg sudi masuk my life story... special thanks to my parent Haji Mohd Azlan B. Haji Nordin & Hajah Zainun Bt. Mahmud yg slalu bg semangat kat aku, even aku tipu dorg mase aku blajo kat U dulu, hahaha... thanks to my bos, Pengarah Kerja JPPH UMP Haji Rosdi B. Mohamed sbb percaya dgn kerja² aku + thanks to all friends yg slalu bg sokogan xkira aku susah & senang... the most & only, thanks to ALLAH...


Adios...

Wednesday, June 8, 2011

-APC = Anugerah Perkhidmatan Cemerlang-

Salam 1 Malaysia, just nak share pengalaman, 8/6/2011 aku dpt anugerah perkhimatan cemerlang, aku pun xtau kenape aku dpt, aku pn xtau ape yg aku buat smpai dpt benda ni... tp ok la, penghargaan & penghormatan utk perkhidmatan aku tahun ni, aku bersyukur sgt2 dpt, even aku rase mcm xlayak... anugerah ni membawa makna dlm idup aku, tp xpenting bagi aku, yg penting lepas ni aku keje dengan lebih cemerlang & ikhlas lg, aku janji dgn diri sendiri aku perlu usaha lebih gigih utk pergi lagi jauh...

Mase sekolah dulu aku xpernah pn dpt anugerah cemerlang ni, mase sekolah aku harap sgt aku dpt anugerah cemerlang, tp smpai sudah xdpt, hahaha... xpe la, mase keje ni aku tebus semua kesilapan&kegagalan lampau aku...

Aku bukan nk membongkak dengan becerita tentang ape yg aku capai, mmg blog ni dibuat utk jadi kenangan hidup aku, aku mintak maaf kalau ade sape² yg xslesa dengan penulisan aku, just want to share my life story, even benda xseronok pn ni pengalaman idup aku... aku nk ade memory, even kalau aku mati pn, parent, adik² &sedara-mara aku boleh bace benda ni smpai bile²...

Terima kasih ALLAH sbb sentiasa memberikan peluang kepada hamba mu yg hina ini utk berubah...
Adios...

Thursday, June 2, 2011

-Keberkatan dan kelebihan hari Jumaat-

Pengenalan 
 
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

-Komik yg sgt membina-

Salam, kebetulan aku g 1 blog yg aku minat nak bace, sbb ayat² dia agak sesuai di bace oleh golongan remaja skrg... by the way, just want to share something quite ok, tp xtau la, komik xsemudah realiti, xkisah la ape² pn, just for sharing...
Agak membina gak komik ni, tp tu la, realiti sgt² berbeza... hati & perasaan benda yg sgt sukar di handle... xkisah la k, just for sharing... adios...

Wednesday, June 1, 2011

-PC-

Salam, tibe² rase mengidam nk pasang PC, lame dh tinggalkan job ni, mase belajo dulu suke tul pasang PC org... tibe² lak rase rindu time dulu², hahaha... lame dh tinggalkn zaman jadik teknision komputer utk kawan².... nk cite pasal keganasan aku time repair PC dulu, byk sgt benda jahat aku buat, even harta bapak aku pun aku sebat, hahaha... bapak aku mintak aku repairkan labtop dia, mase tu zaman external hardisk 2.5", nk beli mase tu xmampu, so aku ambik la peluang, alang² dia suruh repair labtop dia, aku sebat hardisk labtop dia, 80GB, then gantikan hardisk lain saiz 4GB... tp tembelang aku t`pecah bile bapak aku g anta labtop dia kat kedai, hahaha... tp yg menariknye dia xmarah aku, just that sampai sekarang la dia ungkit...
Pakcik & makcik aku pn ade suruh aku buatkan PC dorg, tp aku ambik untung gile², tp kalau dia beli sendiri kat kedai pn conform lg mahal, aku ambik untung pn takat RM250 je, kira b`baloi la kn, keje pasang ni agak rumit, then nak install software & OS lg...
Tp rase sgt nk buat job ni blk, just for fun, lame dh jari jemari xseluk dlm badan komputer tu, ayat agak lucah, tp ok la kn, hahaha... benda² mcm ni boleh membuatkan idup aku xbosan mcm biase, ade benda nk buat for weekend, so sape² nk consultancy@pasang PC sila carik saya, for free, hahaha... k la, adios...

-Bulan 6-

Salam, bulan yang agak baik utk aku... biar la jadik rahsia aku kot, takut kalau dicerita jadi riak pulak... xpe la... just nk bgtau bulan ni aku sgt b`tuah... sgt luar biase... byk benda nk jadik, smua personal metter je... by the way, i`m going to China this month, so excited, hahahaha....

Tp xbest gak, bukan musim salji, nak merase salji... mintak² lepas ni dpt g oversea time b`salji...

Lame dah aku stop menulis, maybe aku sibuk sgt @ maybe otak aku serabut sgt, aku pn xtau, just bile nak stat menaip je mood aku ilang, feel yg dulu dah xde, byk benda aku t`lepas kot, smpai tahap bosan dah ngan membuat keputusan ni... mcm xgune je kursus kemahiran membuat keputusan yg aku g aritu, xmembantu aku pn stakat ni... tp xpe la, permulaan bulan 6 yg menarik, harap lepas² ni idup aku jadik makin menarik... aku harap makin byk aktiviti yg boleh aku buat & join lps ni, aku sgt memerlukan aktiviti smpingan utk teruk kekal waras....

Rase sgt xsabar nk g China ni, sgt² excited... proses buat pasport pn dh selesai... cite wat pasport ni menarik gak, lame gile menunggu, tp ok la gak, paspost siap hari ni gak... ingatkan sejam siap lepas anta borang, tp 1jam siap lepas pembayaran, tp xpe la 2, yg penting aku sgt teruja nk g China, nk jumpe sanak saudara kat sane, hahaha... k la, aku xtau nk mengarut ape lg... adios...
Xsabo nk g tempat ni...