-MOHD NURUL AKLA BIN MOHD AZLAN--LIFE STORY-

Thursday, March 31, 2011

-Aku Dah Tua-


Seorang staf telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Ditulis oleh tahar   
Rabu, 10 Februari 2010 12:34

kerana mengalami komplikasi pada urat saraf pada kaki. Beliau adalah Buruh Asing di Unit Elektrik JPPH mengalami bengkak-bengkak pada pangkal peha yang serius sehingga tidak dapat berjalan dengan baik. En Akla ditahan di wad Kiambang pada 10 Jan dan dibenarkan pulang pada 14 Jan 2010. 

Atas dasar keperihatinan dan tanggungjawab pihak KASEH telah membuat lawatan dan memberikan sedikit sumbangan kepada beliau untuk meringankan beban yang
dialami.

Ramah Mesra - Timbalan Pengerusi KASEH membuat lawatan sambil bertanyakan khabar kepada Akla.

Buah Tangan - Timbalan Pengerusi KASEH memberikan sedikit buah tangan sambil diperhatikan oleh Fitry.

-Aku Dah Tua & Bile² mase je boleh mati-

Copy from - http://jpph.ump.edu.my
 (Kenangan Masuk Hospital)

-Cite Gile Takde Tandingan-

Hahaha, Salam... just nak share semalam aku & housemate tgk 1 cite ni, puas gak aku carik cite ni, dari zaman sekolah aku cari, skrg baru dapat... cite ni aku rase mcm bodoh gak la, cite zaman 1995, mmg dr segi jalan cite agak usang & kurang menarik... tapi aku suke gile cite ni... Tajuk cite Sixty Million Dollar Man, Stephen Chow belakon, mcm biase la name dia dalam setiap cite dia, Lee Ka Sing @ Wong Ka Sing, maksud dia "Super Star"... Semua cite dia, dia gune name ni... same mcm Shahrukh Khan gak dia suke gune name Rahul, Salman Khan suke Prem, konon mcm hebat la kot, tp dorg mmg sgt hebat la, duit dalam bank dah melimpah²...
Stephen Chow

So back to the story, cite ni mengisahkan pasal Lee Ka Sing seorg anak org kaye, g sekolah pn naik helikopter, perangai dia suke kenakan org, mcm aku la gak, tp aku bukan anak org kaye, 2 je beza... Dr segi kekacakan pn dia jauh lg kacak dr aku... Kat sekolah dia selalu kenakan kawan² sekolah, sorg mamat ni mmg slalu jadi mangsa belasahan dia, Siu Fu, muke mmg stok kena buli je...

Aku ringkaskan la cite ni ok, 1 ari dia g disko, ade pertandingan menari, so dia menari la... ade sorg pempuan simpanan bos gengster Jepun, Yakuza, menari ngan mamat ni, tibe² lak bos ni dtg gak disko 2... mcm ade 1 disko je kat Chine ni... so kire kantoi la, so bos Yakuza ni pn suruh anak buah dia bunuh Lee Ka Sing ni... Last², dia bom rumah Lee Ka Sing... Tp Lee Ka Sing tak mati, tinggal bibir je...
Proses Redesign

Sorg mad Professor ni mcm agak hebat la gak, tp gile... dia nak redesign blk Lee Ka Sing ni, dia ngan team dia nak 60 Million utk redesign, tibe² lak bapak Lee Ka Sing ni xnak bayar & xnak ngaku dia anak... Tp bibik dia ade 6000 je, team ni xnak join redesign... Mad Professor ni kesian kat dia, so bersetuju nk buat... Korg kena tgk cite ni la, mmg gile cite ni... sgt menarik ok, haahaha... korg carik la cite ni, mmg kepuasan maksimum..
Mad Professor

Mungkin aku dah tua nanti aku macam mad Professor ni kot, hahahaha... carik la cite ni ok... adios...

Link utk download cite ni...
Part : - [1] [2] [3] [4

Then joinkan part ni gune software HJ Split.
Nak download cepat install benda ni Bitcomet.

Wednesday, March 30, 2011

-Cara Untuk Unblock Website-

Salam 1 Malaysia, aku bukan nak ajar benda jahat ok, just kadang² hangin gak sebab website yang penting² kena blok, so aku ade jalan alternative untuk korg unblock website, ni just for sharing je ok, xde niat untuk menghancurkan dunia pun, hohoho...
So, ade gak cara² untuk unblock ni, cara paling mudah copy ip address setiap website, then paste dlm tab address website... Agak sukar gak la nak hafal ip address, tp boleh je carik aku rase... mcm utk facebook, ip address dia 69.63.189.11, korg gak boleh carik ip address website lain, tp kena carik sendiri la cara dia ok, aku xnak terlibat dengan kemungkaran korg, aku tau korg mesti nak bukak website yg xsepatutnye...
Ade byk lagi cara nak unblock, tp aku malas nak share, cukup la 1 ni je kot, kalau korg nk belajo lg, korg boleh carik je kot kat internet 2, byk bahan bacaan yg best terselit dlm dunia maya ni, so korg gune la information yg ade dlm internet ni sebaik mungkin, hahahaha... cukup la setakat ni sharing, aku malas dah ni... adios...

Monday, March 28, 2011

-SOLAT JAMAK DAN QASAR-


Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Berturut-turut kedua-dua solat.
3. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

-Cubic-

Salam, lame dh xupdate benda ni, byk benda kena buat minggu lepas... so arini aku nk cite pasal cubic la... adik aku sgt expert main benda ni, aku sampai skrg xtau step nak completekan benda ni... cubic ni byk jenis, ade yg 4 x 4 x 4, 6 x 6 x 6, 9 x 9 x 9 & etc... yang selalu org main 3 x 3 x 3... aku xtau la mcm mn org boleh main benda ni & rekod adik bongsu aku boleh selesaikan benda ni dalam 2minit, sgt hampeh budak tu...
Aku mmg ade niat sebelum aku mati aku nak siapkan benda ni, so selagi xsiap benda ni xboleh la nak g syurga, hahaha... mengarut je, tp aku mmg nk sgt pandai main benda ni, sgt mencabar idup aku... tp tu la, penyakit tua ni menyebabkan aku cepat mengalah setiap kali nak completekan, sgt mencabar idup sekarang ni...

Tp aku dah terjumpe 1 cara paling mudah nak selesaikan masalah cubic ni, aku rase xde la susah sgt, so dalam gambar kat bawah ni dia akan explain cara t`mudah utk selesaikan, so aku harap korg semua dpt selesaikan cubic ni dalam mase paling pantas...

So pls enjoy playing your cubic... adios...

Thursday, March 24, 2011

-Basketball-

 Salam 1 Malaysia, aku kembali beraksi dalam kancah dunia sukan basketball, hahaha... gaye cite mcm hebat sgt je... saje nak share cite ni, aku dah start balik main baskteball, aku rase heaven gile dpt main blk, setahun dah tak main, court lambat siap delay on byk sgt aspect... so xkisah la, yg penting skrg tiap² petang aku dah boleh membuli student blk, hahahahahah...
Dah 3 hari berturut-turut la gak main, tp student still anggap aku student gak, so just keep it silance, kalau aku bgtau aku staf dorg treat aku mcm old folk lak, so aku je la yg dpt bola nanti, sgt xbest bile main xde saingan yg memberansangkan, hahahahah...
Nak dijadikkan cite, aku main gune kasut takraw je, malas nk beli kasut basketball dah, gile babeng mahal, tp baru 3 hari pakai main basket dah berlubang, so nak tak nak kena pikir pasal kasut basketball, mane la nak cekau duit, gaji bulan lepas pn xabis lg, hahahaha.... mengarut je, aku excited gile blh main balik ni, so lps ni badan aku makin kurus la, main smpai tahap membunuh diri, t-shirt yg pakai tu bile perah lepas main boleh penuh 3baldi, hahahah...
Gile² excited, ni la tujuan aku nk keje kat ipt, petang² boleh main basketball lg, hehehe... xtau la sampai bile boleh main, i`m getting older, my back pain always killing me, I don`t care, as long I can play, I will play it... i love this game, hohohohoh.... adios...

Tuesday, March 22, 2011

-Gemuk@Obes-

Salam.. saje nk share something yg aku terjumpe arini... aku malas nk mengarut² arini, so share je la...

Meh aku citer sikit la kat korang.. pe beza org gemuk dan orang obes.. orang gemuk ni obes tak? dan orang obes ni gemuk tak?? ...

Mesti korang ingat klu orang gemuk mesti obes.. pastu orang yang obes tu mesti gemuk.. tapi korang tahu ke pe maksud gemuk dan pe maksud obes? haha.. gemuk adalah golongan manusia yang mempunyai saiz badan melebihi saiz dalam anggaran yang ditetapkan.. contoh.. klu korang umur-20 tahun.. jantina-lelaki.. tinggi-170cm.. pastu berat ideal korang ialah sekitar 62 - 65 kg.. tapi klu jantina lelaki..umur-20tahun.. tinggi-170cm tapi berat 75-80kg.. hmm.. ni la kategori orang gemuk..

Tapi klu orang obes plak.. tak semestinya korang da dalam ideal weight ni tak obes.. haha.. contoh aku bagi.. klu perempuan.. umur-24tahun.. tinggi-160cm.. berat sekitar 53-57 kg.. tapi lemak plak 30% melebihi berat badan.. hmm.. klu lemak da 30% dari 53kg .. 16kg je da lemak... belen bukan lemak tak masuk berat tulang.. haha.. ni yang dikatakan obes.. maksud obes ialah peratusan lemak yang berlebihan dari nilai yang sepatutnya..

Camne nak kira lemak? hmm.. ni yang payah sikit la.. sebab die tak leh nak kire secara kasar.. die kene pakai alatan tertentu.. korang leh jumpe kat tempat kecergasan ataupun hospital... hmm.. tapi aku de satu lagi cara paling senang utk korang wat pengiraan ni.. aku panggil die sexy waist to butt... haha...

Yang ni simple gile.. aku bagi korang carta anggaran pastuh korang kire sendiri.. pastu korang tengok korang dalam kategori mane... haha..

                                                     Lelaki                                                  Perempuan
Bagus                                   0.95 & ke bawah                                     0.80 & ke bawah
Kurang memuaskan                   0.96 - 1.0                                                0.81 - 0.85
Bahaya...                               1.0 & ke atas                                          0.86 & ke atas

Ha... korang da tengokkan carta aku bagi.. pastu korang kire la.. camne nak kire? senang je.. korang kire dlm inchi boleh dalam sentimeter pun.. jgn korang kire dalam kilometer.. kang jawapan korang tak jumpe plak.. haha.. wat cam gambar aku bagi kat bawah ni..

 
Gambar ni korang amik kiraan no 3 dan no 4 je.. pastu korang bahagi dua... contoh klu pinggan korang 40 inci... pinggul korang plak.. 32 inci.. so.. 40/32=

--adios-- 

-Penat-

Salam 1 Malaysia...
Penat

Istilah lesu ini berkaitan dengan maksud penat yang biasa digunakan oleh individu bila seharian asyik sibuk ke sana dan ke mari.  Individu yang mengalami kelesuan ini selalunya dikaitkan dengan 'tidak sihat' sbb sistem badan beliau agak lemah dalam proses penghasilan tenaga.

Bagaimana ia berlaku?

Biasannya dalam badan kita mempunyai sistem tenaga yang digunakan bertujuan untuk menghasilkan tenaga seharian.  Oleh itu, sistem ini berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada kita dalam apa jua keadaan sekali pun.  Sistem tenaga yang dimaksudkan ialah sistem tenaga yang berpunca dari pemecahan tenaga karbohidrat dalam tubuh.  Bila sistem ini berlaku, badan akan mendapat tenaga yang boleh digunakan untuk kegunaan harian; seperti berjalan, naik tangga, dan lain-lain.

Tapi bila sistem ini digunakan dengan cara yang tidak sesuai, ia akan menghasilkan 'buangan' dalam tubuh iaitu asid.  Dalam kontek lesu, asid ini dinamakan asid laktik.

Asid Laktik?

Asid laktik berlaku akibat pemecahan tenaga yang berlaku dalam tubuh tanpa kehadiran oksigen yang mencukupi.  Sebab dalam sains, struktur acid laktik sama dengan struktur piruvat.  Cuma apa yang berlainan ialah ada molekul tambahan dalam piruvat iaitu 'H = hidrogen'.  Sebab itu, bila kita naik tangga 3-4 tingkat kita akan rasa lesu di kaki.

Piruvat vs laktik

Kedua-dua ini adalah penting dalam memberi tenaga kepada tubuh untuk berfungsi.  Piruvat adalah hasil positif dari pemecahan karbohidrat kepada tenaga, manakala laktik pula hasil negatif.

--adios--

Wednesday, March 16, 2011

-What`s in my head?-

Salam, arini aku ade mase lapang sikit, so boleh nk nk memblog, ptg ni stat memikir masalah negara... so mase yg ade ni aku gune la utk merapu... aku saje je, rase mcm nk menulis, tp sebenarnye aku ni pemalas sgt la jugak... ape² pn just for fun...

What`s in my head? aku pn xtau ape yg ade, byk sgt sampah sarap rasenye, smpai dh xboleh nk sort ikut keperluan, semua benda nmpak same je dlm otak aku... processor oldies punye, so mase utk memproses data sgt la lambat.

Ape yg ade dlm kepale aku skrg ni, aku nk teknologi yg menarik utk dijadikan teman bersama, haha... aku xtau la kenape aku ni jenis xbersyukur ngan ape yg ade, dh dpt labtop free pn still nk benda alah mcm kat bawah ni, mmg dari dulu aku nk, tp xmampu lg nk beli, heheheh...
Macbook series

Tak tau la bile boleh dpt benda ni, just dok mengidam je la... nak beli mahal sgt, lari la bajet bulanan kalau beli, hohohhoo...

Benda yg ade lg dlm kepale aku, i-phone 4, aku rase same je mcm i-phone 3gs, just ade 1 je function lebih, boleh wat video call + grafik dia betterer dari 3gs la... bentuk dia je kurang sexy, so aku xberape nk minat dr segi bentuk je, tp dr segi function agak menarik gak....
I-phone 4

Ntah bile lak boleh beli benda ni, kalau beli sekarang conform bajet negara jadik makin kucar-kacir, dah la Jepun kena tsunami, so akan efect ekonomi negara ni... back to the story, aku harap 1 ari nanti aku mampu la miliki benda ni... hahahahha...

Ape lg dlm kepale aku, kepale aku sbnrnye 0 je, ade vacume je dlm otak ni, smpai tahap xtau nk isi ape dah... nk isi benda ilmiah slalu kena reject pak guard dlm kepale ni, nk isi benda baik dlm ati byk lak setan²... confius², hahaha...

So pengisian yg paling sesuai just b`fantasi je, senyum sorg² sambil buat keje... fantasi dpt macbook & i-phone, hahahah... sgt malas nk mengarut arini, aku xrase mood aku menarik, jap² lg ade benda paling aku xsuke kena conduct, meeting...

K la, mood utk mengarut dh abis, entry paling bosan sepanjang b`blog... hahaha... adios...

Sunday, March 13, 2011

-Relax your mind-

Salam 1 Malaysia, Sabtu aritu YAB PM dtg tempat keje aku, so aku & team aku kena make sure event ni berjalan ngan lancar, stat dari Isnin sampai Sabtu kena keje overtime, tp xpe, atleast boleh jumpe PM secara live... by the way that not the point of this posting... lepas lawatan PM tu, aku lepak la ngan KK kat tempat² yg menarik la gak, even xde la lepak lame, just niat nk rehatkan otak je... so aku nk share la khazanah yang ALLAH suruh kite jage ni, so anak, cucu, cicit & generasi akan dtg dpt tgk benda ni smpai hari kiamat...


Ops, kaki ni xleh nk share la... g jalan² merehatkan otak yg dah penat sgt, tp smpai je rumah terus tido, sbb badan dh penat jalan jauh², heheheh...

Aku terjumpe gak dinosaur mase perantauan aku ngan member² aku ni, tp dinosaur ni pandai jalan gune 2 kaki je, sgt hebat & macho, aku terkesima tgk dinosaur ni... kalau korg tengok pn conform terkesima jugak la, I see a charming dinosaur with my own eyes, hahaha....

Dinosaur yang agak charming rasenye, terkesima aku tgk dinosaur ni, hahahah...

Dinosaur gemuk lg hodoh menghampiri dinosaur yg lebih besar & kacak, hahaha... then perjalan diteruskan lagi, aku terjumpe lak sami tgh buat meditasi yoga kat tepi laut, nampak aneh je sami ni, xde la botak kepale, nampak muke innocence je, gile xmalu buat yoga sorg² kat public... aku tanye la dia kenape dia buat yoga kat sini... dia pn jawab, i`m on my journey to the west, waiting for my fellow friends to fetch me here... what the hell, dia ingat ni cite Journey to the west ke? hampeh tul...
Ni la muke sami yg xtau malu tu, kalau jumpe mamat ni sila hantar ke rumah kebajikan masyarakat, hahaha

Saje je nak mengarut di pagi hari ni, otak aku sgt penat sampai hari ni, rehat xcukup... i need some rest... nanti kalau idea ngarut lg aku cite... k la all, adios...

Wednesday, March 9, 2011

- Ketam masak lomak cili api -

Salam 1 Malaysia, di sini sy ingin menyatakan, sy telah berjaya masak ketam masak lemak cili api, hahahahahahah.... xde la, aku lame dh mengidam ketam, lame dh xg jeti carik makanan laut ni, so semalam aku suruh cif khadam aku g beli ketam, cif khadam ni mmg menurut perintah dengan baik, dan hasil dia sgt memberansangkan, dia berjaye dptkan ketam yg saiz sgt gigantik...
So mcm biase la, skil memproses just ade kat aku, so aku je la yg kupas kulit & bersihkan, aku siap ckp kat budak rumah, aku kat ofis mmg bos, tp blk je rumah aku jadik kuli je, bg korg makan, membesokan perut korg... aku beli ikan semalam aku proses & masak, korg tau makan je, tu la ayat² aku yg membuatkan dorg semua gelak & senyum, aku xtau la ape yg lawak kat ayat ni... ketam semalam agak byk la gak, dlm 2.3kg, mmg agak byk, xmuat periuk aku nk masak....
Mamat sorg ni boleh lak cakap dia xpandai nk kupas ketam ni, so aku pn cakap la, ALLAH bg kite kehidupan utk mencube, bukan duk membesokan perut tunggu masuk nerake je, aku hangin sgt kalau org ckp xtau, xnak cube lansung, ni la penyakit manusia malas & xnak mencube...
Ketam lepas siap di proses, lepas ni aku kena lak kluar carik barang² utk masak, santan, kunyit, cili api & etc... masak lemak ni mudah je, dh lame aku mengidam mkn ketam masak lomak, smlm baru ade peluang... dh cukup semua barang² aku terus la masak, byk gak dugaan, periuk xmuat la & santan xbest sebab gune santan packet, mmg xbest... so malas la nk mengarut, aku ade byk keje lg ni... k  la, adios all...

Tuesday, March 8, 2011

- It`s hard to be a good leader -

Salam... It`s hard to be a good leader, good entry for today... ape yg aku rase skrg, aku layak ke jadik ketua? tugas yg aku galas agak sukar sebenarnye, tiap² ari kena pikir pasal diri sendiri, keselamatan student, keselamatan staf, pastikan letrik in perfect condition, kena pastikan staf² aku happy & etc... sukar gak jadik ketua, aku ingatkan jadik ketua mcm jadik abang kat adik² aku... kalau ngan adik² aku, aku xpeduli pun dorg suke @ x care aku, aku just pastikan aku blk buat dorg tersenyum 24 / 7...
Kadang² aku pening gak staf ni, macam² ragam & smua b`umur dari aku, hmm... susah tul nak jage ati org, tp dorg jage ke ati aku???... persoalan menarik yg sukar utk dijawab... ade ke org boleh jage hati aku? hahaha, uniq... xtau la nk cakap mcm mn, sukar²... arini staf aku dtg lewat, dia ckp dia naik bus dtg keje... mcm mn la kau nk terima, xkan la smpai dia pencen nak mcm ni? kalau dia lewat dia yg menjawab kat org pengurusan xpe la, ni aku la gak kena pikirkan alasan bernas utk dia... hahahah...

Perlu ke aku jadik ketua yg kejam? aku xsuke staf aku takut ngan aku, aku nk jadikkan staf aku macam kawan², abg², akak² @ even mcm adik-beradik... keje mcm aku ni mmg perlukan kerja same yg hebat, keputusan we all bukan utk we all je, tp utk 1 universiti ni, hmmm... sukar²...
Tp ape² pn, aku suke keje aku, aku xpernah rase keje ni memenatkan, aku suke tanggungjawab ni... ni la cite² aku sejak dr form 5, hehehe... budak sengal yg cube mengapai kejayaan... mood aku utk merepek minggu ni agak t`tutup, keje dtg mcm tsunami, tunggu mase je nk lemas ni... tp aku tau aku manusia yg hebat, i will lead my team forward to grap a bright future, aku xtau la ni pantun ke sajak, tp aku nk staf² aku slesa ngan aku, aku perlukan dorg & dorg sgt perlukan aku....
End of the story, maju la sukan utk negara, dh seminggu aku xbersukan, keje byk sgt... harap la staf aku xbuat hal ujung minggu ni, mcm moto aku sebelum ni, xde air org boleh g carik air, kalau xde letrik ko nak carik mane letrik? pikir²kan la ok... adios...

Sunday, March 6, 2011

- How technology change people -

Salam, saje je nk share 1 benda kat sini... ujung minggu lepas aku lepak je kat rumah, cadang nak blk kg, tp last² minit aku cancel, rase mcm xpraktikal je blk minggu ni, so pospone pd mase yg sesuai nanti...

Duk umah sorg² mmg heaven la, aku blh tido sesuka hati aku, bangun subuh, then tido smpai zohor, abis zohor tido smpai asar, lps tu benda yg same maghrib & isyak, mmg t`baik la... kalau xtido pn, aku layan cite kat TV, mmg aku rase TV tu xkan tutup selagi aku xpejam mate... org yg susun program dlm TV tu mmg sgt bijak la aku rase, sampai tahap aku xnak lngsung buat ape² nk tgk TV je, padehal rancangan dia biase je, tp daye penarik sgt² la kuat...

Semalam mmg aku tgk TV dr pagi smpai la malam, aku stop pn sbb nk sembahyang je, makan pn depan TV je, dah la duk sorg² mmg TV je teman t`baik... Aku rase kalau la macam ni tiap² ari mmg boleh mendatangkan kemudaratan, hehehe.... peliknye, aku bukan la suke sgt tgk TV, tp bile sorg² mmg xde pilihan lain, aku kena hayati rancangan dlm TV tu sedetail mungkin... rase lapo pn, aku bawak makanan ngadap depan TV gak...

So moral of the story, TV mmg teman t`baik, tp TV gak boleh bawak kesan sampingan, xtau la elok ke x, korg la nilai k... just nk share 1 gambar, rsnye gambo ni ade betulnye gak, kalau tgk TV slalu smpai lupe dunia, aku rase aku boleh jd mcm gambo ni la kot...
K la, arini mood nk mengarut xde sgt, aku letih tgk TV smlm, abis smua cite aku layan... lg 1, TV 1 dlm kul 12 malam slalu buat cite hantu, ni boleh memupuskan populasi manusia, boleh buat budak² kecik nk tido ngan parent je, so xde peluang parent nk b`same, hahahaha... k la, adios... malas nk mengarut dh, byk benda nk buat arini... hari yg panjang...

- Komik boleh diibaratkan ubat -


KOMIK dianggap ‘ubat’ yang berkesan bagi mengurangkan ketegangan pemikiran dan perasaan seseorang.

Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mariani Md. Nor berkata, antara lumrah manusia adalah lebih gemar melihat objek berbanding tulisan.
Beliau berkata, setiap individu tidak kira bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa lebih berminat untuk mengetahui sesuatu maklumat jika ia dipaparkan melalui gambar atau tulisan yang diselitkan lukisan berbanding tulisan sepenuhnya. “Dengan ini, komik adalah bacaan yang dapat menarik minat seseorang membacanya kerana dipenuhi gambar dan karikatur. “Keindahan dan keunikan lukisan serta ciri-ciri tertentu seperti kelucuan yang dipaparkan di dalam komik membantu pembaca menumpukan perhatian dengannya sehingga melupakan sementara masalah dihadapi,” katanya.

Mariani berkata, setiap peringkat usia dalam masyarakat menggemari komik namun biasanya jenis komik yang dibaca berbeza.

“Golongan kanak-kanak biasanya sukakan komik cerita kartun atau siri kartun yang dibukukan seperti Doraemon dan Shin-Chan.
 “Remaja lebih gemar membaca komik mengenai alam percintaan manakala dewasa lebih tertarik kepada komik yang menerangkan urusan perniagaan,” katanya.

Pada masa sama, jelasnya, komik tidak menyumbangkan kesan negatif selagi pembacaannya dikawal.
Menurut Dr. Mariani, komik berbentuk lucah dan ganas perlu dielak bagi memastikan seseorang tidak terdedah dengan nilai negatif.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Jabatan Siswazah Psikologi dan Kaunseling, Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Noor Azniza Ishak berkata, kebiasaannya penggemar komik terdiri daripada golongan individu yang gemar berimaginasi atau berkhayal.

“Golongan ini juga biasanya tidak banyak bergaul dengan orang lain kerana gemar berkhayal mengenai sesuatu perkara.

“Individu yang gemar berimaginasi untuk menjadi kaya atau pandai akan meminati komik berbentuk pendidikan manakala yang gemarkan aksi kasar seperti pergaduhan dan peperangan lebih tertarik dengan komik kepahlawanan,” katanya.

Menurut Noor Azniza, kesan positif dan negatif daripada komik bergantung kepada jenis yang dibaca.
Segelintir pembaca gemar mencuba apa yang terkandung di dalam komik manakala ada pula yang tidak mengikuti ceritanya,” tambahnya.

Dalam kehidupan ini, jelasnya, individu tidak boleh mengambil sesuatu perkara terlalu serius atau fanatik kerana ia akan menimbulkan kesan negatif.

- Moral of the story : Mari bace komik -